Berkhatan seawal umur bayi mudah dengan Zinc Shaklee




Berkhatan adalah sesuatu yang sangat digeruni kaum lelaki terutamanya pada anak-anak kecil. Jadi sempena umur Thufayl 46 hari, Bonda dan Ayahanda mengambil keputusan untuk menyunatkan Thufayl. Bersunat seawal umur bayi adalah perkara normal bagi sesetengah negara barat kerana faedah kesihatan yang cukup besar.

Menurut mazhab Imam Syafi'e, hukum berkhatan ini adalah wajib samada bagi lelaki atau perempuan. Bagi lelaki, ia dilakukan dengan membuang 'foreskin' iaitu kulit yang menutupi zakar sehingga nampak keseluruhan zakar keluar. Berbeza bagi perempuan, ia dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya dengan memotong sebahagian kecil daging di atas saluran kencing (kelentit atau klitoris).

Begitulah sedikit pengenalan Bonda berkenaan syariat berkhatan ini. Apa yang penting bagi bakal ibu dan ayah perlu pastikan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum pergi berkhatan kerana hanya terdapat segelintir doktor sahaja yang pakar dalam bidang ini di Malaysia. Ibu ayah juga boleh menyemak status hospital tempat kelahiran anak sekiranya ada menyediakan pakej bersalin beserta khidmat bersunat sejurus sahaja bayi anda dilahirkan. Boleh ambil berkat sunnah Rasulullah menyunatkan cucunya seawal 7 hari. Alhamdulillah..


Bonda baru tahu zaman serba moden ini terdapat pelbagai kaedah bersunat dan bonda memilih kaedah 'laser'. Caranya amat mudah serta dapat mengurangkan pendarahan. Doktor akan menarik kulit lebihan kehadapan lalu disepit dengan penyepit atau forseps. Seterusnya, kulit akan dipotong menggunakan laser.

Penjagaan selepas berkhatan bagi bayi adalah mudah berbanding biasa. Bonda hanya pastikan Baby Thufayl memakai pampers dengan longgar dan kerap menukarnya supaya kekal kering. Pengambilan ubat tahan sakit Bonda hanya gunakan apabila Baby Thufayl menangis lain dari kebiasaan.

Alhamdulillah ada ZINC SHAKLEE yang mampu menyembuhkan luka dengan cepat. Bonda tumbuk sehingga menjadi serbuk lalu menaburkan ke luka sunat setiap kali menukar lampin. Terima kasih Allah kerana menemukan Bonda dengan produk ini.. Baby Thufayl hanya berpantang 4 hari sahaja Alhamdulillah. Sangat mudah menjaganya :)

Klik DI SINI untuk mencuba ZINC SHAKLEE





1 comments:

  1. zinc memang cepat bantu luka xepat sembuh. Nak letak pada luka bersalin pun boleh

    ReplyDelete

 
Bondaku Hebat Blog Design by Ipietoon