Koyakan Bersalin Sembuh Dengan Cepat

Koyakan? Yes.. perkara itu paling digeruni oleh semua bakal ibu tatkala menghampiri saat-saat kelahiran. Semakin dekat dengan hari kelahiran semakin ramai ibu-ibu bagai diselubungi dengan mimpi ngeri. Koyakan vagina adalah perkara normal dialami oleh para ibu terutamanya pada kelahiran pertama. Walaubagaimanapun, ia menjadi semakin rumit jika melecet atau mengalami koyakan semula selepas jahitan pertama.


Ramai pakar kesihatan yang menyarankan URUTAN PERINEUM bagi mengurangkan koyakan ketika bersalin. Bonda memang teringin hendak melakukan urutan special ni tapi asyik menangguh-nangguh sampailah baby Thufayl sudah selamat dilahirkan.

Pengalaman melahirkan baby Thufayl dengan hanya bukaan 5cm membuatkan Bonda mengalami koyakan yang agak panjang. Doktor mengambil masa yang agak lama untuk menjahit luka tersebut. Rasa sakit bercampur lega dan syukur dapat melahirkan bayi hebat ini. Oleh kerana kesan luka yang agak panjang, penjagaan rapi perlu dibuat bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin. 

Pelbagai usaha untuk mempercepatkan luka akibat bersalin. Bonda sarankan ibu-ibu mencuba untuk mengamalkan vitamin organik : 
  • ESP




ESP  adalah sumber protein terbaik dan sangat berkualiti. Protein ini sangat penting dalam membantu proses penyembuhan kerana protein adalah agen yang berfungsi untuk menggantikan sel-sel dan tisu-tisu badan yang mati atau rosak. Peranan protein adalah :
-Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).-Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan. -Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan. Melindungi   badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan. 
  • Zinc Complex


Kekurangan zinc melambatkan proses penyembuhan luka kerana badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang setersnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Vitamin C

Vitamin C dikenali dengan istilah asid askorbik. Fungsi vitamin C antara lain adalah sebagai pembentuk dan pengekal kolagen (suatu protein yang sangat penting untuk memperkuat kedudukan sel badan), mempercepat proses penyembuhan luka.

Bonda sudah mencuba ketiga-tiga vitamin ini dengan jayanya. Giliran anda pula untuk  mengenali dan mencubanya. InsyaAllah sihat milik anda. Jika berminat sila klik DI SINI

0 comments:

Post a Comment

 
Bondaku Hebat Blog Design by Ipietoon