Letih Halang Proses Cepat Hamil :: SENTUHAN BONDA

Menjalani rutin harian seorang wanita yang bergelar isteri sememangnya sangat letih. Kebiasaannya wanita bekerjaya akan menamatkan harinya lewat jam 12 malam. Pastinya untuk menyediakan keperluan keluarga keesokan hari sebelum masuk tidur.

Seorang bapa juga tidak kurang juga. Membuat part time working untuk menambah pendapatan keluarga agar terjamin kesihatan dan pendidikan. 


Tahukah anda tidur yang sempurna mampu menghilangkan keletihan seseorang?

Tidur yang sangat disarankan bagi orang dewasa adalah tidak melebihi 8 jam sehari dan tidak kurang dari 6.5 jam sehari.

Rehat yang tidak mencukupi boleh membawa kita ke zon stress dan boleh menurunkan kadar kesuburan seseorang akibat gangguan hormon.

Tahap tekanan yang tinggi boleh menyebabkan hormon manusia tidak dapat keluar dengan baik untuk meransang organ pembiakan.

Bukan itu sahaja! Kelitihan juga membuatkan pasangan anda tidak berminat untuk bersama dan seterusnya boleh mengurangkan kebarangkali untuk hamil. 

Cara Terbaik Kawal Stress


  • Atur pernafasan. Berhenti seketika dari lamunan kesibukan kerja dan lakukan deep breathing dengan menarik nafas (hidung) perlahan-lahan dan menghembus nafas perlahan-lahan (mulut). Amalkan sekerap mungkin.

  • Berkongsi cerita dengan sahabat atau orang yang terdekat dengan anda. Pastikan ia adalah cerita yang menggembirakan.

  • Dapatkan tidur yang sempurna. Cuba cara tidur seperti amalan nabi Muhammad. InsyaAllah akan dikurniakan rehat yang sempurna.

  • Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dengan melakukan zikir, membaca Al-Quran dan Qiamullail. Sesungguhnya ketenangan itu milik Allah. Mintalah kepadaNya.

  • Banyakkan aktiviti riadhah bersama keluarga atau lakukan aktiviti yang boleh meransang hormon gembira anda. Ingat!! hanya aktiviti yang sihat sahaja yaa...

  • Amalkan supplement yang boleh membantu anda mengurangkan stress. Macam Bonda pilih Shaklee sebab terbukti organik dan halalan toyyiba. Bonda amalkan Ostematrix dan B-complex supaya kekal tenang tanpa bebanan stress. Kenali Ostematrix dan B-complex di dalam SET KESUBURAN SHAKLEE.

Ingat!! Bebanan keletihan dan tekanan pasti memakan kesihatan anda untuk mudah hamil. Cari penyelesaian yang tepat untuk kekal subur dan cepat hamil.

Bak kata orang "zuriat penyeri rumah tangga.."



Usaha tangga kejayaan. Ikuti kisah dan rahsia bonda 2 tahun menanti baby.


1 comments:

 
Bondaku Hebat Blog Design by Ipietoon