Kenapa Bayiku Kerap Batuk?? :: SENTUHAN BONDA

Anak kecil terutamanya bayi memiliki tahap sistem pertahanan yang sangat rendah dan lemah. Mereka mudah diserang oleh pelbagai penyakit diantaranya batuk.



Batuk adalah cara untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan kahak, debu dan kotoran. Ia tidak merbahaya tetapi perlu dikenalpasti punca berlakunya.

Kebiasaannya punca kehadiran batuk adalah disebabkan kuman. Maka,sebagai ibu bapa yang prihatin, Bonda sarankan untuk kita lebih peka terhadap kebersihan anak dan persekitarannya supaya dapat dihindari daripada sebarang kuman.

Mari sama-sama kita jadi ibu bapa hebat!!

Senarai ibu bapa prihatin :

1. Bahagian Kepala

  • Kerak di kepala - Sesetengah bayi mempunyai kerak atau kelemumur dikepala. Kembangkan kerak di kepala dengan sapuan minyak rambut zaitun. Ambil sikat bersih untuk menghilangkan kerak yang telah kembang. Gunakan tuala basah untuk kerja pembersihan terakhir.
  • Tahi telinga - Dapatkan cotton bud untuk bayi. Mulakan kerja pembersihan dengan berhati-hati. Jangan terlalu dalam. Hanya bersihkan kawasan yang jelas di mata sahaja kerana di khuatiri dapat mencederakan kawasan dalam telinga. Bersihkan juga kawasan lipatan di telinga kerana ia adalahntempat takungan susu atau air mata bayi yang telah kering.
  • Mulut dan leher - Kerap kali mencuci bahagian ini dengan kain atau tisu. Bayi kebiasaannya akan kerap muntah  selepas menyusu dan mengeluarkan air liurnya.

2. Bahagian Tangan

  • Jari dan kuku - Kawasan yang sangat sensitif dan perlu sentiasa bersih kerana bayi lingkungan 4 bulan keatas kerap memasukkan tangannya ke dalam mulut. Pasti kuku tangan dan kaki bayi sentiasa bersih dan pendek.

3. Pakaian

  • Tukar pakaian bayi anda apabila telah kotor akibat muntah atau makanan. Memakai pakaian yang kotor terlalu lama boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bayi.

4. Permainan

  • Segelintir ibu bapa prihatin telah menyediakan permainan untuk bayi nya. Pastikan ia sentiasa bersih. Cuci setiap hari. Bonda pilih pencuci ajaib. Hanya  rendam selama 5 minit sebelum keringkannya.

5. Persekitaran

  • Pastikan lantai, tempat tidur bayi serta tempat mainan bayi bersih. Ibu bapa prihatin akan menggunakan pencuci ajaib untuk kebersihan dan kesihatan. Pastikan sabun pencuci yang organik.

Untuk kesihatan bayi anda, kita sebagai ibu bapa perlu mengambil berat perkara diatas walaupun sibuk dengan kerja harian. Kegagalan ibu ayah akan membuatkan anak dijangkiti kuman penyebab batuk. Batuk boleh menjadi serius sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan rapi.

Nasihat Bonda........Jadilah ibu bapa prihatin supaya anak kekal sihat. Anak sihat ibu bapa gembira. Jauhi kuman penyebab penyakit serius.

Ingin menjadi ibu bapa hebat?? Klik Di sini

Letih Halang Proses Cepat Hamil :: SENTUHAN BONDA

Menjalani rutin harian seorang wanita yang bergelar isteri sememangnya sangat letih. Kebiasaannya wanita bekerjaya akan menamatkan harinya lewat jam 12 malam. Pastinya untuk menyediakan keperluan keluarga keesokan hari sebelum masuk tidur.

Seorang bapa juga tidak kurang juga. Membuat part time working untuk menambah pendapatan keluarga agar terjamin kesihatan dan pendidikan. 


Tahukah anda tidur yang sempurna mampu menghilangkan keletihan seseorang?

Tidur yang sangat disarankan bagi orang dewasa adalah tidak melebihi 8 jam sehari dan tidak kurang dari 6.5 jam sehari.

Rehat yang tidak mencukupi boleh membawa kita ke zon stress dan boleh menurunkan kadar kesuburan seseorang akibat gangguan hormon.

Tahap tekanan yang tinggi boleh menyebabkan hormon manusia tidak dapat keluar dengan baik untuk meransang organ pembiakan.

Bukan itu sahaja! Kelitihan juga membuatkan pasangan anda tidak berminat untuk bersama dan seterusnya boleh mengurangkan kebarangkali untuk hamil. 

Cara Terbaik Kawal Stress


  • Atur pernafasan. Berhenti seketika dari lamunan kesibukan kerja dan lakukan deep breathing dengan menarik nafas (hidung) perlahan-lahan dan menghembus nafas perlahan-lahan (mulut). Amalkan sekerap mungkin.

  • Berkongsi cerita dengan sahabat atau orang yang terdekat dengan anda. Pastikan ia adalah cerita yang menggembirakan.

  • Dapatkan tidur yang sempurna. Cuba cara tidur seperti amalan nabi Muhammad. InsyaAllah akan dikurniakan rehat yang sempurna.

  • Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dengan melakukan zikir, membaca Al-Quran dan Qiamullail. Sesungguhnya ketenangan itu milik Allah. Mintalah kepadaNya.

  • Banyakkan aktiviti riadhah bersama keluarga atau lakukan aktiviti yang boleh meransang hormon gembira anda. Ingat!! hanya aktiviti yang sihat sahaja yaa...

  • Amalkan supplement yang boleh membantu anda mengurangkan stress. Macam Bonda pilih Shaklee sebab terbukti organik dan halalan toyyiba. Bonda amalkan Ostematrix dan B-complex supaya kekal tenang tanpa bebanan stress. Kenali Ostematrix dan B-complex di dalam SET KESUBURAN SHAKLEE.

Ingat!! Bebanan keletihan dan tekanan pasti memakan kesihatan anda untuk mudah hamil. Cari penyelesaian yang tepat untuk kekal subur dan cepat hamil.

Bak kata orang "zuriat penyeri rumah tangga.."



Usaha tangga kejayaan. Ikuti kisah dan rahsia bonda 2 tahun menanti baby.


Alamak! rupanya suami saya yang tidak subur :: SENTUHAN BONDA

Bercerita tentang kesuburan ramai yang menuding jari pada sang isteri. Dunia semakin moden, ramai perlu sedar faktor persekitaran dan pemakanan tidak hanya memberi kesan kepada isteri sahaja tapi suami juga berkemungkinan terkesan dengan ancaman ini.

Secara bijaknya Bonda sarankan pasangan yang belum berjaya hamil perlu berjumpa pakar untuk ujian kesuburan. Adakalanya ujian air mani boleh membuktikan bahawa suami anda sebenarnya yang perlu di rawat.

Bercakap tentang masalah kesuburan lelaki, ia lebih dikaitkan dengan masalah sperma. Mari kita teruskan cerita berkaitan sperma.


CERITA TENTANG SPERMA

  •  Ia terhasil kira-kira 100 juta dalam setiap ejakulasi.
  •  Sperma perlu kuat kerana ia perlu melalui banyak segmen sebelum dipersenyawakan dengan ovum.
  • Kandungan air mani : 2-5% sperma, 60-70% cecair pundi prostat dan selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi epididimis.
  • Tabiat merokok mampu mengubah komposisi kandungan air mani serta menyebabkan pergerakan sperma perlahan dan lambat.


MASALAH KESUBURAN LELAKI



Si isteri perlu memahami sedalamnya sekiranya suami anda menghadapi masalah kesuburan. Sokongan isteri pasti mampu menyelesaikannya. Usah runsing!!

Perokok tegar kebiasaanya akan menghadapi masalah kesuburan.

Alhamdulillah...pertemuan anda dengan SET KESUBURAN SHAKLEE memang tidak sia-sia.

Impian untuk punyai keluarga yang ramai bakal dikecapi.

Kenapa perlu tunggu?? ATASI SEGERA

Whatsapp Bonda segera (017-6224149) untuk mengetahui rahsia kekal subur

Set Kesuburan Shaklee Pilihan Tepat :: SENTUHAN BONDA

Assalamualaikum..

Anda dan pasangan mencari alternatif untuk kekal SUBUR dan sihat??


Sudah bertahun-tahun mencuba untuk HAMIL tetapi gagal?


Bonda memperkenalkan SET KESUBURAN SHAKLEE





Rahsia SET KESUBURAN SHAKLEE 


Vita-C Plus

- Mengandungi anti oksidan yang tinggi. 
- Berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat akan mempunyai masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
- Menyelesaikan masalah mati pucuk bagi lelaki

Vita-Lea

- Bertindak sebagai multivitamin yang mengandungi 28 vitamin dan mineral
- Membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh

B-Complex

- Mengandungi vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg) yang penting untuk memulihkan tenaga
- Penting bagi pasangan yang sibuk dan memerlukan tenaga untuk bersama.
- Memperbanyakkan sperma
- Membantu mengurangkan risiko kecacatan janin

Vita-E

- Bertindak sebagai anti-oksidan untuk menyerang radikal bebas yang mampu merosakkan sperma dan ovum
- Menjaga kualiti sperma
- Membantu pergerakan sperma supaya lebih tangkas dan bergaya

Zinc Complex

- Mampu meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma
- Boleh juga digunakan oleh wanita untuk melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina

Alfalfa Complex

- Merawati wanita yang sakit apabila "bersama"
- Mengatasi masalah keputihan, haid tidak teratur dan senggugut
- Bertindak sebagai kacip fatimah (perapat)

GLA Complex

- Menstabilkan hormon dan membantu memulihkan kitaran haid (kitaran haid yang baik akan memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur)
- Membantu menghasilkan bendalir mukus yang dapat memudahkan pergerakan sperma ke uterus dan tiub fallopian
- Membantu meningkatkan kesuburan dan melegakan PMS (sindrom pra-haid)


Testimoni SET KESUBURAN SHAKLEE

Klik DISINI untuk Kisah Bonda 2 tahun Menanti Baby


Harga SET KESUBURAN SHAKLEE


WHATSAPP bonda (017-6224149) segera untuk mendapat harga ahli dan gift PERCUMA.




Pssttt~ jom sembang santai dengan bonda tentang kesuburan :)

Mak mertua cakap saya tak subur



Perkara yang paling terluka bagi wanita yang sudah lama berkahwin apabila mak mertua tuduh kita tak subur. Memang tersentap tahap maksima la kalau terkena.

Bonda memang tak pernah terkena dengan mak mertua tapi mulut-mulut orang kampung tu memang selalu sangat sampai malas sangat nak pergi kenduri kendara sebab malas nak dengar kata-kata negatif ni.

Tips yang bonda nak kongsikan apabila anda di dalam situasi di atas :

  1. Tenang
Sila bertenang jika anda dituduh tidak subur. Kata-kata negatif akan meransang        
hormon stress dan seterusnya mengakibatkan jadual kesuburan anda semakin terganggu.

     2.  Usaha

Cari penyelesaian. Bonda cuba Set Kesuburan Shaklee. Memang berbaloi dengan harga yang sangat murah. Objektifnya adalah untuk topup semula vitamin yang kurang dalam badan.

    3.  Konsisten

Jika belum berhasil kekal konsisten kerana kerja memperbaiki sistem badan sedang berlangsung. Keberkesanan supplement tidak sama setiap orang.

    4. Doa

Doa senjata orang mukmin. Perkemaskan hajat kita di dalam doa. Kalau boleh cuba untuk bangun tahajjud dan solat dhuha. Moga dimurahkan rezeki dan dilembutkan hati  mereka di sekeliling kita supaya turut mendoakan kita.

    5.  Tawakal

Setiap usaha mesti disertai dengan tawakal. Yakin dengan Allah adalah kunci setiap usaha. Jangan ragu-ragu dengan janji-Nya.

InsyaAllah..bagi sesiapa yang nak cuba tips ini mudah mudahan dipermudahkan usaha ya. Cuba berbincang dengan mak mertua dengan cara baik. Berjumpalah dengan yang pakar untuk mengetahui status kesuburan agar mudah diubati.

Boleh borak- borak dengan Bonda cara pemakanan set kesuburan sebagai vitamin tambahan. Tak salah mencuba kan? Biar bonda kongsikan rahsia kesuburan untuk manfaat bersama.


Whatsup bonda : 017-6224149



Ala...period saya datang lewat lagi!!



Runsingkan kalau period datang lewat daripada tarikh yg sepatutnya. Lagi la kalau kerap datang lewat setiap bulan. Ada sesetengah tu langsung tak datang berbulan-bulan. Bonda selalu sangat mengalami situasi ni..

Dulu waktu bujang lagi tak la rasa runsing sangat. Tapi bila dah kahwin..bukan main risau la sebab nak planning untuk dapat zuriat pun boleh tertangguh akibat jadual "period" yang terabur.

Ikut pengalaman bonda memang macam-macam supplement dan cara la dah cuba tapi kesudahannya hanya duka. Means Allah give bonda chance untuk cuba lagi la dan jangan putus asa.

Satu je niat bonda, apabila bonda kembali normal..bonda nak tolong dan share pada sesiapa yang diuji sama macam bonda.

Tips bonda...pertamanya perlu selalu think positive dan yakin pada Allah..keduanya mesti konsisten. Perkenalan bonda dengan set kesuburan shaklee sememangnya membuahkan seribu kesyukuran. Alhamdulillah period mula teratur dengan semulajadi Dan haby Thufayl dapat lahir dengan sihatnya.

Hebat kuasa Allah menciptakan flora dan fauna. Apa yang bonda faham saintis shaklee pilih tumbuhan yang terbaik dan di proses secara semulajadi.

That is why bonda sangat setia dan konsisten menggunakan shaklee sebagai makanan tambahan sehinggalah bonda berjaya mendapat zuriat pertama setelah 2 tahun digelar wanita kurang subur.

Kenapa masih teragak-teragak untuk mencuba set kesuburan shaklee sedangkan anda sebenarnya memang subur.

Elakkan mereka menggelarkan  anda tidak subur.




Whatsup : 017-6224149

Wanita makhluk yang hebat

Sebut tentang wanita mesti semua terbayang ibu, bonda, mama, ummi, mummy, isteri, kakak dan seantero dengannya.

Di ciptakan wanita dari tulang rusuk lelaki. Sememangnya memang kental jiwanya. Ada dua tangan tapi boleh 2 in 1..boleh 3 in 1..kadang-kadang boleh 4 in 1. Hebatkan perempuan ni satu masa boleh buat semua benda.

Bangun pagi kebiasaannya paling awal..mandi..capai kain masuk washing machine (wanita bekerjaya mmg instant..tak basuh kain guna tangan dah)..solat subuh sambil tunggu kain dibasuh..ambil penyapu sapu rumah dulu..perah susu anak..sidai baju..

Dah selesai baru pakai baju office..capai kunci drive pulak pergi kerja..balik kerja..jenguk anak sambil masak dan sambil angkat kain...lipat pulak..hurm memang pekerja 24 hours la..hebat..

Tak habis kalau nak cerita peranan wanita ni satu persatu. Kerja...kerja jugak..keluarga pun nak kena jaga jugak. Semuanya disebabkan untuk bantu suami tercinta menambah pendapatan keluarga. Maklumla nak jugak pergi honeymoon satu keluarga nun jauh di negara orang.

Zaman sekarang ni jadi surirumah paling seronok. Semua kerja rumah boleh buat sambil didik anak..sambil menebalkan poket dengan business online. Kes ni macam bonda la. Alhamdulillah pendapatan boleh cecah sampai 4 dan 5 angka. InsyaAllah

Tahniah wanita.. Anda semua memang hebat. Sanggup penat untuk bentuk keluarga hebat. Tak kira sebagai wanita bekerjaya atau WAHM (working at home mom).. wanita tetap boleh jadi millionaires dunia dan akhirat..

Bolehla siapa-siapa nak jadi geng bonda sama-sama tebalkan poket dan focus dengan keluarga..memang seronok bila dapat tengok anak membesar depan mata walaupun sibuk dengan kerja.

Jangan segan hubungi bonda..bak kata orang Sharing is Caring kan..sama-sama kita jadi wanita yang hebat untuk dunia dan islam terutamanya..


whatsup bonda : 017-6224149


Berkhatan seawal umur bayi mudah dengan Zinc Shaklee




Berkhatan adalah sesuatu yang sangat digeruni kaum lelaki terutamanya pada anak-anak kecil. Jadi sempena umur Thufayl 46 hari, Bonda dan Ayahanda mengambil keputusan untuk menyunatkan Thufayl. Bersunat seawal umur bayi adalah perkara normal bagi sesetengah negara barat kerana faedah kesihatan yang cukup besar.

Menurut mazhab Imam Syafi'e, hukum berkhatan ini adalah wajib samada bagi lelaki atau perempuan. Bagi lelaki, ia dilakukan dengan membuang 'foreskin' iaitu kulit yang menutupi zakar sehingga nampak keseluruhan zakar keluar. Berbeza bagi perempuan, ia dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya dengan memotong sebahagian kecil daging di atas saluran kencing (kelentit atau klitoris).

Begitulah sedikit pengenalan Bonda berkenaan syariat berkhatan ini. Apa yang penting bagi bakal ibu dan ayah perlu pastikan membuat temujanji terlebih dahulu sebelum pergi berkhatan kerana hanya terdapat segelintir doktor sahaja yang pakar dalam bidang ini di Malaysia. Ibu ayah juga boleh menyemak status hospital tempat kelahiran anak sekiranya ada menyediakan pakej bersalin beserta khidmat bersunat sejurus sahaja bayi anda dilahirkan. Boleh ambil berkat sunnah Rasulullah menyunatkan cucunya seawal 7 hari. Alhamdulillah..


Bonda baru tahu zaman serba moden ini terdapat pelbagai kaedah bersunat dan bonda memilih kaedah 'laser'. Caranya amat mudah serta dapat mengurangkan pendarahan. Doktor akan menarik kulit lebihan kehadapan lalu disepit dengan penyepit atau forseps. Seterusnya, kulit akan dipotong menggunakan laser.

Penjagaan selepas berkhatan bagi bayi adalah mudah berbanding biasa. Bonda hanya pastikan Baby Thufayl memakai pampers dengan longgar dan kerap menukarnya supaya kekal kering. Pengambilan ubat tahan sakit Bonda hanya gunakan apabila Baby Thufayl menangis lain dari kebiasaan.

Alhamdulillah ada ZINC SHAKLEE yang mampu menyembuhkan luka dengan cepat. Bonda tumbuk sehingga menjadi serbuk lalu menaburkan ke luka sunat setiap kali menukar lampin. Terima kasih Allah kerana menemukan Bonda dengan produk ini.. Baby Thufayl hanya berpantang 4 hari sahaja Alhamdulillah. Sangat mudah menjaganya :)

Klik DI SINI untuk mencuba ZINC SHAKLEE





Urutan Perineum Elak Koyakan Ibu Bersalin?

Pelbagai ilmu perlu dipelajari dan diketahui oleh bakal ibu bermula dari bulan pertama kehamilan sehingga tiba hari kelahiran. Ilmu hari ini Bonda nak berkongsi berkenaan urutan perineum yang mampu meregangkan bahagian vagina dan anus (faraj dan dubur) seorang wanita. Hal ini akan mengurangkan peratusan episotomi (proses guntingan dan jahitan pada bahagian perineum ketika waktu bersalin) dan mengelakkan koyakan apabila melahirkan bayi secara normal.

Kebiasaanya urutan ini dilakukan seawal minggu ke-33 kehamilan dan waktu terbaik untuk melakukan urutan ini adalah selepas mandi kerana pada waktu ini bahagian tersebut agak lembut dan mudah untuk diurut.



Jom Pelajari Cara URUTAN PERINEUM!

1. Tangan dan jari perlu dipastikan bersih sebelum melakukan urutan. (Pastikan kuku tidak panjang dan bersih untuk mengelakkan sebarang jangkitan)

2. Posisi mencangkung adalah yang terbaik sambil bersandar ke kepala katil dengan keadaan tenang

3. Gunaka minyak semulajadi untuk urutan (Bonda sarankan guna VITAMIN E Shaklee. Boleh juga gunakan minyak kelapa atau minyak zaitun)

4. Gunakan 1-2 jari dan masukkan sedalam 1inci hingga 1.5inci ke dalam faraj. Tekankan jari ke bahagian bawah (ke arah dubur) untuk meregangkan bahagian perineum. Biarkan ia meregang selama 1-2 minit sambil menarik nafas.

5. Ulang gerakan urutan ini dalam gerakan U (seperti di dalam gambar di atas)



Moga ilmu urutan ini dapat membantu ibu-ibu bagi memudahkan proses bersalin dan berpantang tanpa episotomi. Kenali SET BERPANTANG/BERSALIN yang pasti organik dan asli dari ladang. Klik DI SINI

Koyakan Bersalin Sembuh Dengan Cepat

Koyakan? Yes.. perkara itu paling digeruni oleh semua bakal ibu tatkala menghampiri saat-saat kelahiran. Semakin dekat dengan hari kelahiran semakin ramai ibu-ibu bagai diselubungi dengan mimpi ngeri. Koyakan vagina adalah perkara normal dialami oleh para ibu terutamanya pada kelahiran pertama. Walaubagaimanapun, ia menjadi semakin rumit jika melecet atau mengalami koyakan semula selepas jahitan pertama.


Ramai pakar kesihatan yang menyarankan URUTAN PERINEUM bagi mengurangkan koyakan ketika bersalin. Bonda memang teringin hendak melakukan urutan special ni tapi asyik menangguh-nangguh sampailah baby Thufayl sudah selamat dilahirkan.

Pengalaman melahirkan baby Thufayl dengan hanya bukaan 5cm membuatkan Bonda mengalami koyakan yang agak panjang. Doktor mengambil masa yang agak lama untuk menjahit luka tersebut. Rasa sakit bercampur lega dan syukur dapat melahirkan bayi hebat ini. Oleh kerana kesan luka yang agak panjang, penjagaan rapi perlu dibuat bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin. 

Pelbagai usaha untuk mempercepatkan luka akibat bersalin. Bonda sarankan ibu-ibu mencuba untuk mengamalkan vitamin organik : 
  • ESP




ESP  adalah sumber protein terbaik dan sangat berkualiti. Protein ini sangat penting dalam membantu proses penyembuhan kerana protein adalah agen yang berfungsi untuk menggantikan sel-sel dan tisu-tisu badan yang mati atau rosak. Peranan protein adalah :
-Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).-Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan. -Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan. Melindungi   badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan. 
  • Zinc Complex


Kekurangan zinc melambatkan proses penyembuhan luka kerana badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkan sintesis kolagen yang setersnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Vitamin C

Vitamin C dikenali dengan istilah asid askorbik. Fungsi vitamin C antara lain adalah sebagai pembentuk dan pengekal kolagen (suatu protein yang sangat penting untuk memperkuat kedudukan sel badan), mempercepat proses penyembuhan luka.

Bonda sudah mencuba ketiga-tiga vitamin ini dengan jayanya. Giliran anda pula untuk  mengenali dan mencubanya. InsyaAllah sihat milik anda. Jika berminat sila klik DI SINI

Penantian 2 tahun bergelar BONDA

Bukan suatu perkara mudah menanti kehadiran seorang cahaya mata. Macam-macam cabaran ditempuhi. Bak kata orang anak ini penyeri rumahtangga. Penantian yang membuat hasil setelah pelbagai cubaan dan ikhtiar. Apa sahaja cadangan dari MR Google, sahabat dan keluarga semua Bonda cuba. Kadang-kadang tergelak kecil juga memikirkan semangat-semangat Bonda untuk mendapatkan zuriat ni. Ayahanda selalu pesan pada Bonda, "Kita hamba Allah perlu sentiasa yakin dengan apa yang kita doakan, jangan salah sangka dengan Allah, ada hikmah besar Dia bagi kita masa panjang, yang penting penuhkan masa dengan usaha dan tawakkal". Bonda siap buat senarai usaha and keep trying bersama Ayahanda.


Kalau mengikut kepercayaan nenek moyang ni, jika berkahwin adik beradik pada tarikh yang sama salah seorang bakal terima BALA. Tersenyum panjang setiap kali terserempak dengan makcik-makcik kampung yang sering berkata demikian. The most important, jangan sekali-kali mengambil series okay kata-kata orang. Perlu sentiasa percaya rezeki Allah.

Janji Allah itu pasti. Alhamdulillah tanggal 5 Disember 2014 tarikh keramat lahirnya permata hati kami.

Nama : Thufayl Ad-Dawsy
Maksud : Pemilik Fitrah yang Cerdas


Thufayl berumur 2 bulan

Ingin ketahui rahsia kehamilan Bonda? Kenali SET KESUBURAN secara istiqamah DI SINI. InsyaAllah usaha anda akan membuahkan hasil. 
 
Bondaku Hebat Blog Design by Ipietoon