Urutan Perineum Elak Koyakan Ibu Bersalin?

Pelbagai ilmu perlu dipelajari dan diketahui oleh bakal ibu bermula dari bulan pertama kehamilan sehingga tiba hari kelahiran. Ilmu hari ini Bonda nak berkongsi berkenaan urutan perineum yang mampu meregangkan bahagian vagina dan anus (faraj dan dubur) seorang wanita. Hal ini akan mengurangkan peratusan episotomi (proses guntingan dan jahitan pada bahagian perineum ketika waktu bersalin) dan mengelakkan koyakan apabila melahirkan bayi secara normal.

Kebiasaanya urutan ini dilakukan seawal minggu ke-33 kehamilan dan waktu terbaik untuk melakukan urutan ini adalah selepas mandi kerana pada waktu ini bahagian tersebut agak lembut dan mudah untuk diurut.



Jom Pelajari Cara URUTAN PERINEUM!

1. Tangan dan jari perlu dipastikan bersih sebelum melakukan urutan. (Pastikan kuku tidak panjang dan bersih untuk mengelakkan sebarang jangkitan)

2. Posisi mencangkung adalah yang terbaik sambil bersandar ke kepala katil dengan keadaan tenang

3. Gunaka minyak semulajadi untuk urutan (Bonda sarankan guna VITAMIN E Shaklee. Boleh juga gunakan minyak kelapa atau minyak zaitun)

4. Gunakan 1-2 jari dan masukkan sedalam 1inci hingga 1.5inci ke dalam faraj. Tekankan jari ke bahagian bawah (ke arah dubur) untuk meregangkan bahagian perineum. Biarkan ia meregang selama 1-2 minit sambil menarik nafas.

5. Ulang gerakan urutan ini dalam gerakan U (seperti di dalam gambar di atas)



Moga ilmu urutan ini dapat membantu ibu-ibu bagi memudahkan proses bersalin dan berpantang tanpa episotomi. Kenali SET BERPANTANG/BERSALIN yang pasti organik dan asli dari ladang. Klik DI SINI

0 comments:

Post a Comment

 
Bondaku Hebat Blog Design by Ipietoon