Penantian 2 tahun bergelar BONDA

Bukan suatu perkara mudah menanti kehadiran seorang cahaya mata. Macam-macam cabaran ditempuhi. Bak kata orang anak ini penyeri rumahtangga. Penantian yang membuat hasil setelah pelbagai cubaan dan ikhtiar. Apa sahaja cadangan dari MR Google, sahabat dan keluarga semua Bonda cuba. Kadang-kadang tergelak kecil juga memikirkan semangat-semangat Bonda untuk mendapatkan zuriat ni. Ayahanda selalu pesan pada Bonda, "Kita hamba Allah perlu sentiasa yakin dengan apa yang kita doakan, jangan salah sangka dengan Allah, ada hikmah besar Dia bagi kita masa panjang, yang penting penuhkan masa dengan usaha dan tawakkal". Bonda siap buat senarai usaha and keep trying bersama Ayahanda.


Kalau mengikut kepercayaan nenek moyang ni, jika berkahwin adik beradik pada tarikh yang sama salah seorang bakal terima BALA. Tersenyum panjang setiap kali terserempak dengan makcik-makcik kampung yang sering berkata demikian. The most important, jangan sekali-kali mengambil series okay kata-kata orang. Perlu sentiasa percaya rezeki Allah.

Janji Allah itu pasti. Alhamdulillah tanggal 5 Disember 2014 tarikh keramat lahirnya permata hati kami.

Nama : Thufayl Ad-Dawsy
Maksud : Pemilik Fitrah yang Cerdas


Thufayl berumur 2 bulan

Ingin ketahui rahsia kehamilan Bonda? Kenali SET KESUBURAN secara istiqamah DI SINI. InsyaAllah usaha anda akan membuahkan hasil. 

2 comments:

  1. Semoga thufayl jadi anak soleh penyejuk mata ayahanda bonda :)

    ReplyDelete
  2. Ameen....Alhamdulillah. .ni semua kerja Allah..yg penting usaha. sbnrnye ada hikmah besar menunggu 2 tahun kehadiran baby thufayl :)

    ReplyDelete

 
Bondaku Hebat Blog Design by Ipietoon