Kenapa Bayiku Kerap Batuk?? :: SENTUHAN BONDA

Anak kecil terutamanya bayi memiliki tahap sistem pertahanan yang sangat rendah dan lemah. Mereka mudah diserang oleh pelbagai penyakit diantaranya batuk.



Batuk adalah cara untuk melindungi sistem pernafasan dengan mengeluarkan kahak, debu dan kotoran. Ia tidak merbahaya tetapi perlu dikenalpasti punca berlakunya.

Kebiasaannya punca kehadiran batuk adalah disebabkan kuman. Maka,sebagai ibu bapa yang prihatin, Bonda sarankan untuk kita lebih peka terhadap kebersihan anak dan persekitarannya supaya dapat dihindari daripada sebarang kuman.

Mari sama-sama kita jadi ibu bapa hebat!!

Senarai ibu bapa prihatin :

1. Bahagian Kepala

  • Kerak di kepala - Sesetengah bayi mempunyai kerak atau kelemumur dikepala. Kembangkan kerak di kepala dengan sapuan minyak rambut zaitun. Ambil sikat bersih untuk menghilangkan kerak yang telah kembang. Gunakan tuala basah untuk kerja pembersihan terakhir.
  • Tahi telinga - Dapatkan cotton bud untuk bayi. Mulakan kerja pembersihan dengan berhati-hati. Jangan terlalu dalam. Hanya bersihkan kawasan yang jelas di mata sahaja kerana di khuatiri dapat mencederakan kawasan dalam telinga. Bersihkan juga kawasan lipatan di telinga kerana ia adalahntempat takungan susu atau air mata bayi yang telah kering.
  • Mulut dan leher - Kerap kali mencuci bahagian ini dengan kain atau tisu. Bayi kebiasaannya akan kerap muntah  selepas menyusu dan mengeluarkan air liurnya.

2. Bahagian Tangan

  • Jari dan kuku - Kawasan yang sangat sensitif dan perlu sentiasa bersih kerana bayi lingkungan 4 bulan keatas kerap memasukkan tangannya ke dalam mulut. Pasti kuku tangan dan kaki bayi sentiasa bersih dan pendek.

3. Pakaian

  • Tukar pakaian bayi anda apabila telah kotor akibat muntah atau makanan. Memakai pakaian yang kotor terlalu lama boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bayi.

4. Permainan

  • Segelintir ibu bapa prihatin telah menyediakan permainan untuk bayi nya. Pastikan ia sentiasa bersih. Cuci setiap hari. Bonda pilih pencuci ajaib. Hanya  rendam selama 5 minit sebelum keringkannya.

5. Persekitaran

  • Pastikan lantai, tempat tidur bayi serta tempat mainan bayi bersih. Ibu bapa prihatin akan menggunakan pencuci ajaib untuk kebersihan dan kesihatan. Pastikan sabun pencuci yang organik.

Untuk kesihatan bayi anda, kita sebagai ibu bapa perlu mengambil berat perkara diatas walaupun sibuk dengan kerja harian. Kegagalan ibu ayah akan membuatkan anak dijangkiti kuman penyebab batuk. Batuk boleh menjadi serius sekiranya kebersihan tidak dijaga dengan rapi.

Nasihat Bonda........Jadilah ibu bapa prihatin supaya anak kekal sihat. Anak sihat ibu bapa gembira. Jauhi kuman penyebab penyakit serius.

Ingin menjadi ibu bapa hebat?? Klik Di sini

1 comments:

  1. Satu perkongsian yang amat memberi kesan kepada mereka yang bakal bergelar ibu

    ReplyDelete

 
Bondaku Hebat Blog Design by Ipietoon